Ahad, 5 Disember 2010

PROTON SAGA 'Facelift' telah dilancarkan....

Uhuk! Uhuk!..fuhh lama gak gua tak update blog ni. Haaa...kali ni gua nak kasik tau kat korang (kalau korang ingat lagi kt blog gua pasal SAGA 'facelift) SAGA 'facelift' dah dilancarkan...heheh caye tak?

Betulll...tak tipu punya..tapi dilancarkan kat Thailand sana sempena Thai Moto Expo 2010!

Kali ni real punya gua kasi gambar kat korang...kalau nak sambar sebijik, pegi la kat dealer PROTON yang berhampiran ngan korang. Kat Malaysia ni tak tau plak bila nak dilancarkan..KITA TUNGGU SAMA - SAMA YE...

Ini adalah perubahan - perubahan ketara yang telah dilakukan oleh pihak PROTON...

1.    Muka hadapan berwajah baru yang menampilkan rekaan yang
       lebih segar dan garang... 

                                                 Muka hadapan serba baru..

                                    Lampu hadapan yang lebih garang


                                                   Grill hadapan serba baru

2.     Bahagian belakang diperbaharui dan dipertingkatkan dengan
        rekaan lampu belakang yang baru...

                     
                                          Bahagian belakang berwajah baru
                                               
                                                  Lampu brek dengan LED


                                 Bumper belakang dengan pemantul cahaya

Bahagian luaran juga menampilkan perubahan antaranya :
                                                   
                                                                                                            
                                             Cermin sisi dengan lampu belok


                                             Rim rekaan baru lebih 'sporty'....

dan...bahagian dalaman pula perubahan ketara adalah pada steering...

                                        Stereng dengan butang 'volume control'
So...amacam? berkenan ke? ngeee....pergilah ke bilik pameran PROTON berhampiran untuk buat tempahan ye..ZAAASSSS!!!!



Isnin, 15 November 2010

Proton Inspira Coupe?

Hmmm..nampaknyer setelah Inspira dilancarkan, ada pulak khabar - khabar angin yang mengatakan pihak Proton nak keluarkan model coupe 2 pintu berdasarkan Proton Inspira ni. Macam sebelum-sebelum ni, bila Proton melancarkan Proton Wira, ada pulak model Proton Putra 2 pintu yang menggunakan platform sama dengan Proton Wira. 

Kiranya Proton Inspira Coupe ni menggantikan model Proton Putra yang pernah dikeluarkan oleh pihak Proton suatu masa dahulu. 

Adakah akan menjadi kenyataan atau cuma khabar - khabar angin sahaja? Adakah Proton Inspira Coupe ini akan mengembalikan zaman kegemilangan Proton Putra? Dengarnya Inspira Coupe ini didatangkan dengan enjin MIVEC 2.4 liter...fuhhh, dasyat!..Apa - apa pun, kita tunggu dan lihat!..

Pada sesiapa yang mungkin berharap Proton akan mengeluarkan model sport 2 pintu selepas Satria Neo, di sini aku 'attach'kan model Proton Inspira Coupe 2 pintu untuk tatapan korang semua....ni pun aku ambik dari sumber - sumber yang boleh dipercayai...anyway, check this out!


                                                           pandangan hadapan


                                             pandangan sisi

                                                        pandangan belakang

   

Ahad, 31 Oktober 2010

Saga BLM 'facelift'...


Salammm..kali ni gua nak 'share' dengan korang satu info terkini. Pada peminat kereta buatan Proton, terutamanya SAGA BLM..berita baik untuk anda...
Baru- baru ni, sebuah model SAGA BLM 'facelift' telah kelihatan di Lebuhraya PLUS. Dari sumber yang diperolehi, SAGA 'facelift' ni tak banyak berbeza dengan yang sedia ada cuma sedikit perubahan dari segi bumper hadapan, grill hadapan adalah yang sama digunakan pada Exora, Persona dan  Inspira.



Perubahan pada bahagian belakang pula adalah bahagian bumper yang mana model 'facelift' ini telah dilengkapi dengan pemantul cahaya, lampu belakang dengan kombinasi baru di mana lampu brek dilengkapi dengan LED..wahhh!! Proton sekarang telah mula menggunakan lampu LED sebagai ciri standard! Satu kemajuan pada pihak PROTON! Tahniah!!

  
Rim sport pada Saga BLM 'facelift' telah mendapat sentuhan baru yang lebih segar berbanding model sebelumnya. Perubahan ketara yang dapat dilihat juga adalah pada cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu belok LED..seperti Persona. 


Hmm..agak-agaknya, macam ni la rupa sebenar Saga 'facelit' bila dilancarkan x lama lagi...





Samalah kita nantikan kemunculannya.. :)

Rabu, 27 Oktober 2010

AaaRRRGGHHHH!! Rosak La pLak!!

Aduyaiii...lif rosak la plak! bila la pihak yang berkenaan nak datang repair ni?? dah nak masuk 2 minggu dah ni..ni nak marah ni! huaaaarrrgghhh!!!
Seb baik la opis den tingkat 3 yo, kalo tingkat 13 mauu lemah longlai pala lutut den!..isk3. Kepada yang berkenaan, cepat - cepat la datang tengok keadaan lif ni ha..TOLONGGGLAAA!!!

Sabtu, 23 Oktober 2010

Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 dah dilancarkan...

Wallawehh..first time tgk kereta ni..wahh mengancam gak. Ni model terbaru buahtangan dari Mitsubishi...Lancer Sportback! Didatangkan dengan enjin 2.4 liter..CC lebih besar dari Lancer GT..horsepower pun leh cecah 168 hp pada 6,000 rpm...
Menurut pihak Mitsubishi, Lancer Sportback ni didatangkan dengan 3 warna pilihan, lightning blue, white solid dan black mica..harganyer dari RM 129,363.00 termasuk insurans.
                       
Agak2 nyer kalo pihak Proton ada keluarkan model Inspira Aeroback, camni la rupenye gamaknye yee....ngeee. Cantik, menarik, tertarik..dabooomm..leh angkat satu nih..heheh
Ni ade lagi gambor2 tentang kereta ni..kalo sape2 nk beli tapi nak tengok secara detail..aku attachkan kt sini..nk lagi detail, silalah ke showroom Mitsubishi yang berdekatan dengan anda! ZAASSSSSS!!!!
  


Salammm.......

Hai! pe kabo..hadduiihhh..dapat gak buat blog ni..punya la lame mentelaah cmner cara2 nak wat..
akhirnyaa BERJAYA!!!..wikiwiki