Ahad, 31 Oktober 2010

Saga BLM 'facelift'...


Salammm..kali ni gua nak 'share' dengan korang satu info terkini. Pada peminat kereta buatan Proton, terutamanya SAGA BLM..berita baik untuk anda...
Baru- baru ni, sebuah model SAGA BLM 'facelift' telah kelihatan di Lebuhraya PLUS. Dari sumber yang diperolehi, SAGA 'facelift' ni tak banyak berbeza dengan yang sedia ada cuma sedikit perubahan dari segi bumper hadapan, grill hadapan adalah yang sama digunakan pada Exora, Persona dan  Inspira.



Perubahan pada bahagian belakang pula adalah bahagian bumper yang mana model 'facelift' ini telah dilengkapi dengan pemantul cahaya, lampu belakang dengan kombinasi baru di mana lampu brek dilengkapi dengan LED..wahhh!! Proton sekarang telah mula menggunakan lampu LED sebagai ciri standard! Satu kemajuan pada pihak PROTON! Tahniah!!

  
Rim sport pada Saga BLM 'facelift' telah mendapat sentuhan baru yang lebih segar berbanding model sebelumnya. Perubahan ketara yang dapat dilihat juga adalah pada cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu belok LED..seperti Persona. 


Hmm..agak-agaknya, macam ni la rupa sebenar Saga 'facelit' bila dilancarkan x lama lagi...





Samalah kita nantikan kemunculannya.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan